MESYUARAT JK BANDAR RENDAH KARBON MPBP BIL.1/2018
25 NOVEMBER 2018 | BILIK MESYUARAT UTAMA MPBP
BATU PAHAT, 25 NOV - Mesyuarat JK Bandar Rendah Karbon MPBP Bil.1/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama MPBP, Jalan Pejabat, Batu Pahat dipengerusikan oleh Tn Hj Shafiei b Ahamad, Yang Di Pertua MPBP. Mesyuarat dihadiri 16 agensi luar sebagai jemputan serta semua ketua jabatan dalaman MPBP. Ini merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2018 sejak JK ditubuhkan pada 1 April 2018.
Antara Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Bandar Rendah Karbon MPBP adalah :-
- Merancang pelaksanaan program, aktiviti dan projek yang akan dilaksanakan di kawasan LCCF (LCCF Zone);
- Memantau pelaksanaan agenda LCCF di kawasan yang telah dikenalpasti bagi memastikan pelaksanaan LCCF bergerak lancar dan selaras dengan perancangan;
- Menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam melaksanakan LCCF serta hubungan dengan PBT lain yang melaksanakan LCCF seluruh negara dan antarabangsa
- Membuat keputusan berhubung agenda pelaksanaan LCCF di peringkat MPBP
Comments
Post a Comment