SESI TOWN HALL
BANDAR PENGGARAM KE ARAH BANDAR RENDAH KARBON 2030
Batu Pahat - 27 Januri 2019 Majlis Perbandaran Batu Pahat mengorak satu lagi langkah ke arah menjadikan bandar ini sebagai salah satu Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2030. Selepas menerima status Provisional Certificate pada Oktober 2018, MPBP terus merangka perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang komprehensif bagi meneruskan agenda pelaksanaan program bandar rendah karbon khususnya di Bandar Penggaram. YB Yeo Bee Yin selaku menteri MESTECC telah merasmikan sesi Town Hall dan seterusnya menyaksikan majlis menandatangani dan penyerahan MoU kepada 13 + 1 agensi di dalam zon LCC. Kesemua 13 agensi telah bersetuju untuk menandatangani MoU bersama MPBP bagi melaksanakan agenda rendah karbon manakala satu Mou bersama pihak UTHM bagi penyelidikan berkaitan pengangkutan bandar khusus di bawah topik agenda rendah karbon. MPBP mensasarkan tahun penilaian semula kadar pelepasan karbon di bandar ini menjelang tahun 2020.
Perancangan telah dibuat dengan beberapa agenda seperti penyediaan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon MPBP, penganjuran Carbon Free Day, Kempen penanaman pokok, Kempen pengurangan tenaga dan air, pertandingan-pertandingan sisa pepejal & kitar semula serta pelaksanaan kebun kejiranan di bandar dan komuniti setempat.
Bacaan lain : https://www.sinarharian.com.my/article/10043/EDISI/Johor/PBT-perlu-contohi-MPBP-Menteri
Comments
Post a Comment